100 Hari Pentadbiran Najib
Liputan dalam Akhbar Cina
Oleh Lim Hong Siang
Media cetak bahasa Cina utama cenderung untuk menonjolkan Perdana Menteri ke-6 Najib Abdul Razak sebagai pemimpin yang tegas, terutamanya setelah beliau mengambil langkah yang dianggap berani untuk merombak beberapa dasar dalam bidang ekonomi dan pendidikan.
Nanyang Siang Pau
Nanyang Siang Pau misalnya, menemuramah pakar ekonomi dan beberapa orang usahawan Cina yang terkemuka, masing-masing memuji keberanian dan ketegasan Najib. Antaranya, Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Industri Cina Malaysia (ACCCIM), William Cheng Heng Jem mengkagumi "minda baru" Najib untuk me-reformasi-kan bidang ekonomi dan politik.
Pujian diberikan oleh usahawan yang lain termasuklah "setuju dengan dasar baru yang tegas", "dasar terbuka menarik pelabur asing", "memperlihatkan ciri-ciri pimpinan bestari", "memimpin Malaysia ke arah globalisasi", "harap kerja dilaksanakan dengan baik".
Laporan memetik bahawa penghapusan kuota 30% ekuiti bumiputera merupakan langkah yang paling "memeranjatkan". Dasar kuota dilihat sebagai batu penghalang dalam pasaran, namun turut diakui bahawa sebarang perubahan memerlukan keberanian.
Pakar ekonomi menganggap Najib mengambil alih tampuk pimpinan pada detik yang kritikal, dan menilai prestasi Najib lebih baik daripada apa yang dijangkakan di pasaran. Antara dasar utama yang dialu-alukan termasuk liberalisasi ke atas 27 sub-sektor perkhidmatan dan pemansuhan kuota 30% ekuiti bumiputera.
Sin Chew Daily
Sin Chew Daily dalam muka surat di tengah memaparkan siri gambar, laporan, dan menyenaraikan dasar yang diumumkan dalam tempoh 100 hari pentadbiran Najib, dengan tajuk "100 Hari, Anda Yang Menilai".
Timbalan Ketua Pengarang, Tay Tian Yan dalam analisanya merujuk kepada keputusan soal selidik yang dikendalikan Merdeka Centre, menyatakan bahawa kepuasan rakyat terhadap prestasi Najib telah meningkat dari paras yang rendah, dan kini berada dalam keadaan yang semakin baik. Ini berbeza dengan Presiden Republik Korea, Taiwan malah Amerika Syarikat yang memperlihatkan penurunan paras populariti dalam tempoh 100 hari, kerana dilambung dengan harapan yang tinggi sebelum berkuasa.
Tay Tian Yan menganggap prestasi Najib lebih baik daripada jangkaan sebelumnya, dan melihat konsep "1Malaysia", dasar liberalisasi dalam bidang ekonomi, hujah yang sederhana dan tinjauan mesra telah memenangi pujian.
Di samping itu, banyak masalah lapuk yang tertimbun tanpa penyelesaian dalam tempoh lima tahun yang lepas, dibeban pula isu baru yang datang berduyun-duyun. Pemimpin dan kerajaan yang kurang efektif menambah ketidakpuasan dan rungutan rakyat. Najib memperlihatkan kesungguhannya untuk menyelesaikan masalah, menjurus kepada penilaian yang positif daripada masyarakat, secara perbandingan.
Walau bagaimanapun, Tay menganggap ini tidak semestinya menunjukkan Najib telah berjaya mereformasikan negara, mahupun sokongan rakyat telah kembali kepada kerajaan BN. Tay mengingatkan beberapa isu yang menjadi punca hilangnya sokongan rakyat masih belum diselesaikan.
Antaranya, Tay menyenaraikan isu rasuah, penyalahgunaan kuasa, imej Polis Di-Raja Malaysia yang masih merudum, sekatan akta seperti ISA(Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960), PPPA(Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984) dan lain-lain, perkhidmatan awam yang masih kurang efisien. Tay menambah bahawa masalah yang dihadapi Malaysia tidak dapat diselesaikan hanya dengan beberapa dasar, tetapi memerlukan minda, rangka dan wawasan yang baru.
China Press
China Press dalam muka surat di tengah akhbarnya turut menyenaraikan beberapa dasar yang dilaksanakan dalam tempoh 100 hari, bertemakan "reformasi secara besar-besaran meraih tepukan". Hujah Najib dalam tempoh 100 hari ini dipetik, malah ditambah dengan komen pemimpin utama daripada parti komponen BN.
Pengerusi Dewan Perhimpunan Cina Malaysia Lim Gait Tong, Presiden ACCCIM William Cheng Heng Jem dan Presiden The Federation Of Hakka Association in Malaysia, Ng Teck Fong juga memberi komen yang positif terhadap Najib.
Lim Gait Tong berkata, tidak seperti pemimpin yang lain, Najib tidak menikmati "bulan madu" dalam tempoh 100 hari pertama pentadbirannya. Beliau juga menyentuh isu pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), mentafsir keputusan kerajaan untuk mengakur kepada tuntutan rakyat akan menambah markah kepada penilaian Najib.
Beliau menyusuli dengan harapan kerajaan untuk mengiktiraf sijil peperiksaan gabungan sekolah menengah Cina, menambah-bina dan memberi peruntukan kepada sekolah Cina secara sistematik, malah menaik taraf Kolej New Era dan Kolej Southern kepada status universiti.
Kwong Wah Yit Poh
Kwong Wah Yit Poh dalam muka surat tengah, bertajukan "Penilaian Rakyat : Jasa lebih daripada Kesilapan". Pemimpin BN dan Pakatan Rakyat serta orang awam ditemuramah. Selain ahli dewan rakyat PKR Batu, Tian Chua yang menuntut tindakan dan bukan hanya laungan slogan, juga ahli dewan rakyat DAP Petaling Jaya Utara Tony Pua yang masih dalam pengamatan, komen lain yang dipetik agak positif.
Walau bagaimanapun, akhbar ini menyiarkan analisa Cheah See Kian yang panjang lebar, mengulas faktor-faktor langkah liberalisasi Najib dalam bidang ekonomi. Cheah See Kian membaca keputusan Najib memansuhkan PPSMI sebagai langkah menolak "mahathirisme" .
Selain penilaian yang positif, Cheah See Kian juga menyenaraikan kelemahan yang diperlihatkan dalam tempoh 100 hari pertama pentadbiran Najib. Cheah menganggap Najib agak pasif dalam isu membanteras rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kroni, dan wujudnya satu kuasa yang menghalang Najib untuk memperbaiki penyelewangan yang sedia ada. Namun, Cheah tidak menjelas selanjutnya tentang "kuasa" yang dimaksudkan.
Cheah turut menyentuh krisis Perak, bertanggapan bahawa Najib seharusnya memberi ruang demokrasi yang lebih, dan bukannya mengambil pendekatan untuk menyekat.
"Seandainya Najib sanggup menanggung risiko politik dalam isu penghapusan kuota ekuiti bumiputera, maka menghormati dan memberi jalan kepada demokrasi, juga risiko yang berbaloi untuk ditanggung, " kata Cheah.
Cheah menambah, tidak kira apa jua kesudahannya seandainya DUN Perak dibubarkan, imej Najib akan dijulang kembali dan bolah menaruh harapan untuk mengembalikan kuasa pada pilihan raya ke-13.
Oriental Daily
Oriental Daily memberi liputan yang agak seimbang, dengan memberi ruang kepada tuntutan badan bukan kerajaan (NGO) dalam sidang akhbar pada hari Jumaat. Berita ini disiarkan di muka surat A7, dengan mengutarakan 10 KPI untuk menilai perjalanan demokrasi di Malaysia.
Di muka depan Oriental Daily pada 11 Julai, dengan tajuk "100 Hari", mencatat empat siri berita utama, termasuk penilaian terhadap Najib, penilaian oleh Lim Gait Tong, tuntutan 10 NGO dan komen bekas PM, Mahathir Mohamad.
Dalam muka surat dalaman, lakaran peta 100 hari mencatat pengumuman penting oleh Najib. Turut dicatatkan apa yang berlaku dalam tempoh ini, termasuk penangkapan aktivis sosial Wong Chin Huat, krisis Perak, isu PKFZ, pembebasan tahan ISA, pilihan raya kecil dan sebagainya.
Analisa yang disiarkan pada muka surat 14 dan 15 bertajukan "Najib Menangi Hati Rakyat, Dasar yang Baik Wajar Diteruskan". Analisa tersebut menemuramah pemimpin parti komponen BN dan PR, menggariskan cabaran yang bakal dihadapi Najib selepas 100 hari pertama.
*Kaleidoskop adalah "digest" kandungan akhbar bahasa Cina. Akhbar yang dirujuk bertarikh 11 Julai, sempena 100 hari pertama Najib menyandang jawatan Perdana Menteri ke-6.