16 Apr 2011

PKR dakwa dirinya menawan DUN Krian

MerdekaReview | Apr 16, 2011 02:50:56 pm

PKR mendakwa partinya telah menawan DUN Krian dengan majoriti lebih 3,000 undi, berdasarkan keputusan tidak rasmi yang diumumkan melalui bilik gerakan utamanya. Malah, PKR melalui twitter-nya bgu_sarawak mengumumkan bahawa undi calonnya mendahului di enam DUN lain, iaitu Tamin, Kakus, Layar, Tasik Biru, Jepak dan Ba'kelalan.

Di N.34 Krian, calon PKR Ali anak Biju dilaporkan telah menewaskan calon BN Peter Nyarok anak Entrie, calon SNAP Liman Anak Sujang dan calon bebasBanyi ak Beriak.

Di N.70 Ba'Kelalan, Baru Bian dari PKR dikatakan sedang mendahului dengan kira-kira 250 undi pada jam 3 petang, tadi.Pada jam 3.42 petang, jurang perbezaan dilebarkan kepada 477 undi dengan PKR mendahuluinya.

Bagaimanapun, menurut laporan Bernama, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Aziz Mohd Yusof mengingatkan agar pembaca tidak mempercayai khabar oleh parti politik tertentu dalam internet yang mendakwa diri mereka menang, atau mendahului pesaingnya.