13 Apr 2011

MerdekaReview BM Blogspot diaktifkan semula

MerdekaReview BM akan mengaktifkan semula lamannya di blogspot, pada saat-saat menjelang hari pengundian PRN Sarawak 2011, sebagai saluran alternatif kepada pembaca yang mengalami kesesakan untuk melayari laman yang sedia ada.

Menyedari serangan siber yang dilancarkan terhadap Malaysiakini, Sarawak Report dan Radio Free Sarawak baru-baru ini, MerdekaReview mengambil langkah awal untuk menyeru agar pembaca menyertai MerdekaReview BM Fans Club di Facebook, untuk mengikuti perkembangan terbaru seandainya laman ini tergendala.


MerdekaReview mendapati laman yang sedia ada telah "diperlahankan" beberapa hari ini, lantaran kesesakan pembaca yang mendahagakan maklumat alternatif. Kami akan membuka semula laman kami di blogspot, iaitu MERDEKAREVIEW BM, sebagai alternatif kepada pembaca seandainya laman yang sedia ada tergendala untuk apa-apa sahaja sebab.


Sementara menyelesaikan masalah teknikal ini, pasukan MerdekaReview tetap akan cuba sedaya upaya untuk menyajikan maklumat kepada pembaca biarpun terpaksa mengharungi pelbagai rintangan.


Sekian, terima kasih.